Saturday 29 August 2015

PENGENALAN

Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun.  Penjajahan ini bermula apabila Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di rantau ini satu ketika dahulu.  Melaka adalah tempat dimana pedagang-pedagang dari barat dan timur bertemu untuk urusan jual beli.  Antara barang dagangan utama yang diminati oleh orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain.  Keinginan untuk mendapatkan barang-barang ini ialah dengan pergi terus ke Melaka dan seterusnya menjajah Melaka.  Selain itu, Revolusi industri yang bermula di Britain telah menyebabkan kuasa barat datang ke Malaysia (Tanah Melayu) yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah

PENJAJAHAN PROTUGIS DI TANAH MELAYU
  • Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
  • Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU
  • Ekspedisi perdagang Belanda yang terawal di Kepulauan Melayu bermula pada tahun 1559.  Selepas daripada tarikh tersebut ramai perdagang Belanda yang berlumba-lumba datang ke Kepulauan Melayu untuk mendapatkan remPah-ratus, buah pala dan kayu cengkih.
  • Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda menubuhkan Syarikat Bersatu Hindia Timur ataupun VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) pada 20 Mac 1602.  Tujuan utama penubuhan VOC ialah menguasai perdagangan rempah dan juga memonopoli perdagangan bijih timah.
  • Langkah awal penjajah Belanda adalah menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun 1619.  Belanda telah menjadikan Betawi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan ini telah memberi impak besar iaitu pelabuhan Melaka telah mengalami kemerosotan populariti.
  • Walaupun Belanda sudah mempunyai pelabuhan di Betawi tetapi Belanda cuba untuk menguasai Melaka dengan melancarkan serangan ke atas Melaka untuk menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedagang-pedagang asing ke Betawi.  Usaha Belanda ini berhasil apabila Belanda berjaya menguasai Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.
PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU
  • Menduduki Melaka pada tahun 1795 apabila Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan-kawasan timur kepada British sebagai langkah untuk melindungi tanah jajahannya daripada jatuh ke tangan Perancis.  Apabila Perang Napoleon tamat,  British terpaksa menyerahkan kembali Melaka kepada Belanda.  Penyerahan semula Melaka amat merugikan British.  Oleh itu, British berusaha untuk mencari kawasan-kawasan di sekitar Tanah Melayu untuk dijadikan pelabuhan.  Peluang ini terbuka luas apabila Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada British untuk membantunya menghadapi serangan daripada kerajaan Siam dan juga orang Bugis dari Selangor.
  • Sultan Kedah telah mendapat ancaman daripada Siam kerana keengganannya untuk membayar ufti dan juga serangan daripada orang Bugis .Orang Bugis telah menuntut wang sebagai pampasan namun Kedah enggan untuk membayarnya.  Keengganan Kedah telah menyebabkan orang Bugis bertindak untuk menyerang Kedah.  Sultan Kedah telah meminta bantuan daripada Francis Light.
PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
  • Sejak tahun 1932, golongan tentera telah menguasai politik negara Jepun.  Pada tahun 1937 pula, golongan tentera telah mula menyerang negara China.  Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai British dan Amerika Syarikat.  Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menerang Tanah Melayu.  Seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun menjelang pertengahan bulan Februari 1942.  Faktor-faktor yang memudahkan kejayaan Jepun ialah:
a)     Pihak British kurang bersedia dari segi ketenteraan.  Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (Singapura) kerana Singapura merupakan  pusat pentadbiran British.
b)     Kelewatan tentera bantuan dari London dan India.  Ini berlaku akibat berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan British.
c)     Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British.  Pertahanan laut British terlalu lemah, terutama selepas dua buah kapal perang British iaitu Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan Laut China Selatan.
d)     Persediaan tentera Jepun yang lengkap.  Tentera Jepun begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan serangan.  Maklumat-maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera telah diperoleh terlebih dahulu.
e)     Tentera Jepun cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik (mereka tahan lasak sehinggakan menggunakan basikal untuk meredah hutan).  Kelebihah-kelebihan ini bertentangan dengan sikap tentera British yang kurang berdispilin dan tidak bersemangat.

  • Tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 apabila kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat.
SOALAN

Kedatangan British ke Tanah Melayu telah memperkenalkan ekonomi dagangan seterusnya telah meninggalkan kesan mendalam pada fizikal dan sosial.

(a) Nyatakan ciri-ciri ekonomi dagangan yang diperkenalkan oleh penjajah British di Tanah Melayu.

(b) Terangkan kesan-kesan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

(c) Dasar British telah menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional selepas negara mencapai merdeka. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan usaha kerajaan bagi menangani masalah tersebut.